Monday, August 17, 2015

APA ITU AQIQAH ? Pengertian Aqiqah dari segi bahasa: Aqiqah menurut bahasa ertinya “rambut yang tumbuh di atas kepala bayi yang dibawanya waktu lahir.” Demikian pendapat ‘Ubaid, Ashmu’i dan Zamakhsyari. Antara definisi lain; Aqiqah menurut bahasa ertinya `memotong’ . Pada asalnya ialah rambut yang terdapat pada kepala bayi ketika bayi tersebut keluar dari rahim ibunya, rambut itu dinamakan dengan aqiqah kerana ianya harus dipotong ( dicukur ). Menurut Istilah pula aqiqah ialah Haiwan yang disembelih kerana bayi atau untuk bayi yang dilahirkan. Dinamakan sembelihan itu dengan aqiqah adalah kerana haiwan tersebut disembelih pada hari mencukur rambut kepala bayi itu. Pengertian Aqiqah Menurut Syara`: Menurut istilah hukum syara’, aqiqah ialah “penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, disamping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.” Antara pengertian lain; Aqiqah dalam pengertian syara` ialah binatang ternakan yang berkaki empat (bahimatul an`am) yang disembelih ketika hendak mencukur rambut kepala anak yang baru dilahirkan, sama ada disembelih pada hari ketujuh atau selepasnya. Dalam bahasa Arab, kata bahimatul an’aam (binatang ternakan) adalah termasuk unta, lembu, kerbau,biri-biri,kibas dan kambing, bukan yang lain. [Al Jabari, 1994] SEJARAH ASAL-USUL IBADAH AQIQAH Diriwayatkan oleh Buraidah bahawa ” Pada zaman Jahiliyyah, apabila kami mendapat seorang anak lelaki, maka kami menyembelih seekor kambing, maka kami mencukur kepala bayi tersebut, lalu kepalanya kami sapu dengan darah kambing yang disembelih itu”.Menurut riwayat Ibnu Sakan pula ” Orang-orang Jahiliyyah meletakkan kapas yang telah dicelup dengan darah aqiqah lalu kapas yang penuh dengan darah tersebut disapu ke ubun-ubun bayi yang baru saja dilahirkan itu. Setelah datangnya Islam, perkara itu tidak dibenarkan oleh Rasullullah s.a.w. Baginda saw menyuruh menggantikannya dengan meletakkan haruman kasturi pada kepala bayi yang baru dilahirkan itu. HUKUM AQIQAH Hukum melakukan aqiqah itu adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat digalakkan oleh Islam. Sebagaimana perbuatan Nabi Muhammad saw ketika Baginda mengaqiqahkan cucundanya Hassan dan Hussain alaihimassalam. Ianya bukanlah perkara yang wajib dilakukan kerana hal ini pernah ditanyakan kepada Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam, lalu Baginda saw bersabda yang maksudnya : “Allah tidak menyukai kederhakaan, seolah-olah Baginda tidak suka menyebut nama itu (aqiqah). Baginda bersabda: “Barang siapa yang dikurniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan untuk anaknya maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing.” [HR. Abu Daud] Maksud hadis daripada perkataan (“suka atau ingin” menyembelihkan untuk anaknya) itu menunjukkan tidak wajib melakukan aqiqah, melainkan jika aqiqah itu dinazarkan barulah ianya dipanggil aqiqah wajib. Imam Syafi’e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; “Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.” [HR. Tirmizi] “Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama.” [HR. Ahmad dan Tirmizi] Rasulullah s.a.w. bersabda : ” Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menuntut untuk dinamakan anak (yang baru lahir) pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diaqiqahkannya.” [HR. Riwayat Tirmizi] Imam Malik menyatakan bahawa, hukum aqiqah ini adalah perintah yang tidak dapat diperselisihkan lagi. JENIS HAIWAN DAN KADAR AQIQAH Haiwan yang digunakan untuk perlaksanaan ibadah aqiqah perlu memenuhi syarat-syarat yang serupa dengan haiwan-haiwan untuk ibadah korban. 1. Kambing, biri-biri dan kibas – melebihi satu tahun 2. Lembu dan Kerbau- melebihi dua tahun 3. Unta- melebihi lima tahun Haiwan-haiwan ini hendaklah terdiri daripada haiwan ternak(Bahimatul An’aam)-yang mempunyai empat kaki- dalam keadaan tidak cacat, tidak buta, tidak bunting dan tidak terlalu kurus. Menurut Imam Malik,Asy-Syafi’e,Ahmad dan jumhur ulama’ , bahawa aqiqah adalah sah dengan penyembelihan haiwan empat kaki(Bahimatul An-`aam) seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri dan kibas (sama seperti ibadah korban). Pelaksanaan penyembelihan haiwan tersebut di dalam ibadah aqiqah juga mempunyai syarat-syarat tertentu seperti berikut; 1. Unta berumur 5 tahun dan masuk tahun ke 6. 2. Lembu atau kerbau berumur 2 tahun masuk tahun ke 3. 3. Kambing atau biri-biri berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi. 4. Kibas berumur 1 tahun atau telah bersalin gigi. 5. Haiwan tersebut juga disyaratkan tidak cacat. Manakala,rusa, kijang dan kancil tidak termasuk dalam kategori Bahimatul An’aam.Maka ketiga-tiga haiwan tersebut(rusa,kijang dan kancil) tidak dibolehkan untuk dijadikan sebagai haiwan aqiqah. Yang lebih utama(Afdhal) untuk kadar aqiqah bagi seorang anak lelaki ialah 2 ekor kambing dan untuk anak perempuan seekor kambing, kerana ada hadis riwayat Aisyah yang maksudnya: “Rasullulah s.a.w. memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.” Perlaksanaan ibadah aqiqah dianjurkan baik untuk anak lelaki mahupun anak perempuan, sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w. yang bemaksud; ” Anak lelaki diaqiqahkan dengan dua ekor kambing dan anak perempuan diaqiqahkan dengan seekor kambing.” [HR. Ahmad & Tirmizi]. Rasulullah bersabda; ” Rasulullah s.a.w telah memerintahkan kepada kami untuk mengaqiqahkan anak lelaki dengan dua ekor kambing dan anak perempuan dengan satu ekor kambing.” [HR. Ibnu Abi Syaiban]. Hadis di atas secara keseluruhannya menunjukkan dua perkara; Pertama; baik anak lelaki mahupun perempuan, sama-sama syariatkan supaya dilaksanakan aqiqah. Kedua; perbezaan bahawa anak lelaki dengan 2 ekor kambing sedangkan anak perempuan dengan satu ekor kambing. Walaubagaimanapun,anak lelaki sebaik-baiknya(afdhal) diaqiqahkan dengan 2 ekor kambing,manakala anak perempuan pula seekor kambing. Akan tetapi seekor kambing sudah memadai bagi tujuan menunaikan tuntutan ibadah aqiqah tersebut, ini kerana Rasulullah s.a.w. sendiri melaksanakan aqiqah untuk cucu baginda dengan seekor kambing sahaja. Dalam sebuah hadis diriwayatkan; ” Bahawa Rasulullah s.a.w telah mengaqiqah Hassan dan Hussain dengan satu ekor biri-biri.” [HR. Abu Daud]. Aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki ini bukanlah merupakan suatu kemestian, kerana Rasulullah s.a.w telah membuat aqiqah Hasan dan Husin, masing-masing seekor kibas. Haiwan aqiqah seperti lembu, kerbau dan unta boleh dikongsi sehingga 7 bahagian bersamaan 7 ekor kambing. Apabila ibu bapa itu tidak mampu membuat aqiqah anaknya, ketika berusia 7 hari, bolehlah diperbuatnya ketika umur anak 14 hari. Kemudiannya ketika umur 21 hari. Jika tidak boleh, maka sunat diperbuatnya hingga anak itu dewasa (baligh). Dalam menentukan waktu yang terbaik untuk seseorang itu melaksanakan aqiqah, kita perhatikan pandangan Imam Ahmad ibn Hanbal yang menyatakan bahawa penyembelihan aqiqah dilaksanakan pada hari ketujuh, jika tidak dapat maka pada hari keempat belas, jika tidak dapat juga maka lakukanlah pada hari kedua puluh satu. Adapun jika pada hari-hari tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana tidak berkemampuan, maka penyembelihan boleh dilakukan pada hari-hari lain yang memungkinkannya melaksanakan aqiqah tersebut. Rasulullah s.a.w bersabda; ” Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ketujuh, dan dicukur serta diberi nama.” [HR. Ahmad dan Tirmizi]. Apabila anak sudah dewasa, maka sunat bagi ibu bapa membuat korbannya, tidak membuat aqiqahnya. Menurut satu golongan, jika seorang anak sudah dewasa, tetapi belum dibuat aqiqahnya oleh ibu bapanya, maka sunat baginya membuat aqiqah dirinya sendiri. KAMBING GOLEK WARISAN JOHOR UNTUK AQIKAH / AKIKAH / AQIQAH : HUBUNGI 0137480869 pASTI NGENCESSS....

Monday, August 10, 2015

Fakta Benar Tentang Daging Kambing. Assalamualaikum!~ Masyarakat kita sering menganggap daging kambing mengandungi tinggi kolesterol. Ada juga yang menganggap daging kambing yang menjadi antara makanan sunnah Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w sebagai 'panas' yang boleh menyebabkan penyakit darah tinggi dan penyakit jantung. Begitulah liciknya permainan golongan Yahudi yang ingin menjauhkan kita dengan amalan sunnah Nabi. Mereka mahu kita meminum susu lembu mereka sedangkan mereka mendidik kaum mereka untuk mengamalkan minum susu kambing. Mereka percaya dengan kebaikan dan khasiat susu kambing. Maka, disebabkan itu, kita lebih gemar memilih daging lembu. Melalui kajian yang dilakukan oleh para saintis membuktikan bahawa daging kambing baik untuk kesihatan. Mari kita selongkar kebenaran itu. -daging kambing segar- Pada masa kini, kambing merangkumi 63% sumber protein yang dimakan oleh penduduk dunia terutama di kawasan negara Arab dan Afrika Utara. Selain itu, ia juga menjadi pilihan penduduk di rantau Asia Tenggara, kepulauan Carribean dan kawasan tropika yang lain. Begitu juga di Barat, pengambilan daging kambing dilihat mendapat publisiti meluas kerana sumber proteinnya menjadikan ia lebih digemari berbanding daging lembu. Amboi! suka sangat dia tu. Sapa kata senyum kambing tak comel? Tertib je dia senyum ekekekeke KOMPOSISI KHASIAT DALAM DAGING KAMBING Kajian ACES berkenaan khasiat daging kambing matang berbanding lembu, kambing muda, bebiri, khinzir dan ayam mendapati bahawa daging yang dihasilkan oleh kambing adalah lebih pejal dan mengandungi komposisi khasiat yang lebih baik. kolesterol rendah - kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain, menjadikan ia sebagai pilihan makanan alternatif daging merah terbaik. lemak rendah - Dengan menggunakan potongan daging seberat tiga auns atau 85 gram, didapati kambing hanya mempunyai 2.6 gram kandungan lemak berbanding lembu yang mempunyai 7.9 gram lemak, kambing muda (lamb) (8.1 gram), khinzir (8.2 gram) dan ayam (6.3 gram). kalori rendah - Melihat dari segi kalori pula, kambing mempunyai 122 kalori (kal), berbanding lembu (179 kal), kambing muda (175 kal), khinzir (180 kal) dan ayam (162 kal). lemak tidak tepu - kandungan lemak tidak tepu kambing jauh lebih tinggi berbanding daging jenis lain, ini adalah baik untuk pemakanan manusia memandangkan lemak tak tepu membantu merendahkan risiko penyakit jantung dan strok. asid amino - sebagai sumber protein ideal ialah ia mengandungi semua jenis asid amino yang diperlukan tubuh serta kandungan zat besi yang tinggi dan mampu membantu penghidap anemia. KEBAIKAN PENGAMBILAN DAGING KAMBING BAIK UNTUK JANTUNG Selama ini, kita dimomokkan dengan kesan buruk mengambil daging kambing dalam diet makanan. Hakikatnya, penemuan saintifik membuktikan sebaliknya. Kajian klinikal oleh Universiti Harvard mengesahkan bahawa lemak tepu adalah lemak tidak sihat yang meningkatkan risiko pelbagai penyakit kardiovaskular, sedangkan lemak tidak tepu (daging kambing) bagus untuk membantu membaiki paras kolestrol, melegakan keradangan, menstabilkan rentak jantung dan banyak lagi kebaikan yang lain. Mereka turut mendapati bahawa lemak tepu menyebabkan paras kolestrol tidak baik meningkat dalam darah sedangkan lemak tidak tepu pula membantu mengurangkan keburukan itu dengan menaikkan paras kolestrol baik. Penemuan itu mengukuhkan lagi keyakinan ACES bahawa daging kambing membantu mengurangkan paras kolestrol dalam darah, mengurangkan risiko atherosklerosis dan penyakit jantung menjadikannya sesuai dimasukkan ke dalam diet jantung sihat. Sebagai galakan pemakanan daging kambing, ACES turut menggaris dua peraturan asas menyediakan masakan berasaskan kambing. "Ini termasuk gunakan suhu rendah kerana suhu yang terlalu panas akan menyebabkan daging kambing cepat liat, peraturan kedua pula ialah memasak daging di dalam kelembapan seperti peraman (marinade) basah sebelum dimasak ataupun masakan berkuah seperti kari atau stew," lapor mereka. SUSU BERKHASIAT ibu hamil dan yang baru bersalin digalakkan memakan daging kambing untuk menguatkan fizikal dan mengatasi keletihan. mempunyai komposisi yang lebih unik iaitu globular lemak yang lebih kecil dan mudah dihadamkan berbanding susu lembu. Susu kambing baik untuk mengatasi masalah obesiti. boleh mengatasi masalah alergi pada susu lembu, menjadikannya susu alternatif terbaik selepas susu ibu. Ia sangat penting kepada bayi, orang dewasa dan juga ibu yang menyusukan bayi. kandungan zat mineral susu kambing adalah lebih tinggi berbanding mamalia lain menjadikannya amat berguna untuk merawat penyakit anemia yang diakibatkan oleh kekurangan zat besi dan penyakit tulang rapuh selain dilaporkan berguna dalam rawatan kencing manis. MENCANTIKKAN KULIT Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida (anti-oxidant) juga terdapat dalam daging kambing. Ia amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari. membantu merawat masalah seperti psoriasis, ekzema atau jerawat. Pakar dermatologi biasanya menggalakkan pesakit menggunakan sabun pembersih berpelembab berasaskan susu kambing untuk membantu melegakan kulit kering dan gatal dan seterusnya menyembuhkan penyakit kulit. Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik. MENINGKATKAN RASA KASIH SAYANG DAN KEGEMBIRAAN Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang. Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang). Subhanallah! Begitu banyak kebaikan daging kambing yang selama ini kita pandang enteng. Dari daging dan susu yang baik untuk kesihatan, bulunya yang boleh mengurangkan kedinginan serta peluang perniagaan yang wujud darinya sangat membuka mata dan hati Kenit! Semoga info di atas dapat membuka mata dan hati serta mengubah perspektif stereotaip kita terhadap daging kambing. Sesungguhnya, setiap sunnah Nabi ada kebaikan dan manfaatnya. Oleh kerana orang Barat (Yahudi) tidak mahu kita mengikuti sunnah Baginda maka, pelbagai fitnah dan pembohongan yang mereka keluarkan. P/S: Teringat Burger Bakar Abg Burn dan Lamb Chop Sizzling....nyumm nyumm!(^_^)
Kelebihan memakan Daging Kambing (write by panjimas) Jika kita mengikuti apa yang biasa dilakukan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam (SAW) dengan niat mengikuti sunnahnya dan dilakukan karena cinta kepada beliau, insyaAllah akan terhitung sebagai pahala untuk kita. Disamping itu tentu ada manfaat dan kebaikan dari apa yang dilakukan oleh Rasul. Salah satunya adalah dalam hal makanan. Beliau sangat gemar mengkonsumsi daging kambing. Selama ini kita mendengar para dokter menyarankan kita untuk menghindari dari memakan daging kambing, karena daging kambing dapat menyebabkan panas badan. Ada juga dokter yang mengatakan kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung . Khusus berkenaan dengan kambing, mari kita ingat sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam: اتَّخِذُوا الْغَنَمَ فَإِنَّ فِيهَا بَرَكَة “Peliharalah oleh kalian kambing karena di dalamnya terdapat barakah”. (HR. Ahmad) Sedangkan sahabat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah disuguhi daging. Bagian kaki (dari daging itu atau paha) diberikan kepada Beliau. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menyukainya, maka beliau menggigit daging itu”. (HR. Bukhari dan Muslim) Sebenarnya, daging kambing adalah makanan favorit Rasulullah. Setiap sunnah nabi pasti ada kebaikan dan kelebihannya. Karena orang Barat, baik Yahudi dan Nashrani tidak mau umat Islam mengikuti sunnah nabi, maka berbagai pernyataan dan kebohongan mereka keluarkan. Tetapi fakta sebenarnya banyak sekali manfaat, khasiat dan efek positif dari daging kambing tersebut, hingga ada istilah terapi kambing. Mari kita lihat sejumlah khasiat daging kambing, disamping sejumlah khasiat yang sudah diulas sebelumnya: Daging Kambing adalah Daging Yang Paling Baik Penelitian dari American Heart Association menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang memiliki masalah terkait jantung . Ini karena daging tersebut tinggi kwalitas proteinnya dengan rasio kandungan lemak yang sehat. Struktur molekul daging kambing yang berbeda membuat daging kambing lebih mudah dicerna. Ia juga sangat cocok untuk mereka yang menjaga kesehatan. Tidak hanya itu saja, bahkan jika dibandingkan daging kambing mengandung zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih padat dan lebih rendah kalori daripada daging sapi dan ayam tanpa kulit. Semua asam amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing. Pengurai Kolestrol Jenuh Daging kambing yang rendah kandungan proteinnya membuatnya terkecuali dari daging hewan lainnya yang bisa membentuk setiap ikatan kolesterol akibat pola makan yang tidak sehat . Ikatan kolesterol jenuh dapat dihindari jika Omega 3 terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolesterol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) saja yang dapat menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Jadi, kolesterol yang terbentuk dalam tubuh tidak dapat diurai dengan materi melainkan dengan kolesterol kambing saja. Pencegah Penyakit Darah Tinggi dan Obesitas Kolestrol kambing dapat menguraikan kolesterol dalam darah yang menjadi penyebab penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolesterol jenuh akan menyebabkan volume darah meningkat. Meskipun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pasien darah tinggi yang tidak tahan dengan efek pembongkaran penguraian ini disarankan agar tidak mengkonsumsi daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi disarankan agar mengadopsi diet daging kambing untuk menghindari penyakit darah tinggi. Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati . Ini akan menyebabkan masalah obesitas (kegemukan) jika ada dalam jumlah yang banyak . Pasien obesitas yang mengkonsumsi daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pusing akibat efek pembongkaran kolesterol jenuh oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam tubuh. Efek pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berkeringat dan telinga berdengung . Mempercantik Kulit Vitamin C alami yang tidak teroksidasi juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksidasi sangat penting untuk pembangunan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksidasi akan menyeimbangkan dan mengurangi beban fungsi empedu serta mempercantik kulit. Konsumsi protein yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bagian bawah kulit akan mudah teroksidasi dan bereaksi dengan sel kulit untuk membentuk energi. Proses ini akan mengakibatkan kulit terlihat hangus dan gelap jika berjemur di bawah sinar matahari. Vitamin C dari daging kambing akan memberi lebih tahan terhadap kulit dari bereaksi terhadap protein yang terkena cahaya matahari . Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara alami untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik. Meningkatkan Rasa Kasih Sayang dan Kegembiraan Sistem darah (NW18) terkait dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang . Sistem darah yang sehat dan kuat akan memastikan bagian Thalamus juga kuat dan membantu menciptakan perasaan kasih sayang . Jantung akan menjadi lebih lembut dan halus pergerakannya ketika menerima kolesterol daging kambing. Jantung yang lembut akan menciptakan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Jadi ia akan membahagiakan dan menciptakan perasaan kecintaan (kasih sayang). Mereka yang berlatih gizi daging kambing akan merasa tenang dan senang serta mudah merasa getaran kasih sayang. Biasakanlah makan daging kambing jika menghadapi masalah sulit merasakan nikmat kasih sayang dan getaran cinta. Sebentar lagi kita akan menghadapi Hari Raya Idul Adha, mari kita konsumsi daging kambing kegemaran dan kesukaan Rasulullah ini. Untuk itu, mari niatkan makan daging kambing sebagai ibadah, insyaAllah jadi ibadah untuk kita. Wallahu a’lam…
Johor Negeriku.... Daerah Johor Bahru merupakan satu daripada sepuluh buah daerah yang membentuk negeri Johor. Ia meliputi kawasan seluas 1,816 kilometer persegi. Daerah ini juga dikenali sebagai daeraah metropolitan Johor Bahru kerana dari segi bilangan penduduk mempunyai melebihi 2 juta orang. Daerah Metropolitan Johor Bahru merupakan metropolitan ketiga terbesar di Malaysia selepas Lembah Klang dan Pulau Pinang. Daerah ini juga adalah sebahagian daripada Iskandar Malaysia dan merupakan metropolitan yang sedang pesat membangun. Bandar-bandar yang terdapat di sekitar daerah metropolitan Johor Bahru ialah pusat bandaraya, Skudai, Nusajaya, Puteri Habour, Desa Tebrau, Bukit Indah, Ulu Tiram, Stulang, Taman Perling, Pasir Gudang dan Permas Jaya. Metropolitan Johor Bahru mempunyai pelbagai pusat membeli-belah yang moden dan bertaraf antarabangsa seperti Johor Premium Outlets, AEON Tebrau City, AEON Bukit Indah, AEON Permas Jaya, AEON Taman Universiti, Johor Bahru City Square, KSL City, Medini Lifestyle Mall, Danga City Mall, Plaza Angsana dan lain-lain serta menjadikannya sebagai daerah pusat membeli-belah. Metropolitan Johor Bahru merupakan pusat pelancongan yang utama di selatan Semenanjung Malaysia dan mempunyai pusat pelancongan antarabangsa seperti Legoland ( taman tema antarabangsa yang pertama yang dibina di Malaysia dan taman tema Legoland yang pertama dibina di Asia ), Puteri Habour Family Theme Park ( taman tema antarabangsa yang kedua dibina di Malaysia ), Taman Tema Air Autin Heights ( dalam pembinaan ) dan lain-lain. Daerah metropolitan Johor Bahru terletak di bahagian Selatan Negeri Johor bersempadan: Daerah Pontian di sebelah barat, Daerah Kota Tinggi di sebelah timur; Daerah Kulaijaya di sebelah utara; dan Singapura di selatan. Daerah Johor Bahru terdiri daripada 9 buah mukim yang meliputi Sungai Tiram, Tebrau, Plentong, Pulai/Jelutong, Tanjung Kupang dan Mukim Bandar. Di samping itu, juga terdapat 38 buah kampung di dalam Daerah Johor Bahru.
TEMPAHAN RAYA MASIH DIBUKA!! MINGGU INI SAHAJA TEMPAHAN KAMBING GOLEK SELURUH JOHOR.. JOHOR BAHRU PASIR GUDANG KULAI SKUDAI TEBRAU DAN BANYAK LAGI... jOM tEMPAH DAPATKAN hARGA pROMOSI... pASTI NGENCES.. No Bendera Daerah 01 Bendera Johor Bahru Johor Bahru Bukit Indah • Skudai • Masai • Tebrau • Plentong • Pasir Gudang • Gelang Patah • Tampoi • Ulu Tiram • Kempas • Kangkar Pulai • Ulu Choh • Nusajaya • Pasir Gudang 02 Bendera Kulaijaya Kulaijaya Kulai • Ayer Bemban • Bukit Batu • Kangkar Pulai • Kelapa Sawit • Saleng • Sedenak • Seelong • Senai 03 Bendera Pontian Pontian Pontian Besar • Pekan Nenas • Benut • Sanglang • Ayer Baloi • Pulai Sebatang • Api-api 04 Bendera Kota Tinggi Kota Tinggi Bandar Kota Tinggi • Kuala Sedili • Sungai Rengit • Pengerang • Sungai Rengit • Teluk Ramunia • Felda Bukit Easter • Felda Lok Heng Timur • Felda Lok Heng Barat • Felda Lok Heng Selatan • Felda Gugusan Adela • Mawai • Felda Bukit Waha • Felda Air Tawar 5 • Felda Air Tawar 4 • Felda Air Tawar 3 • Felda Air Tawar 2 • Felda Air Tawar 1 • Felda Linggiu • Felda Pasak • Felcra Kota Tinggi • Felcra Sungai Ara • Bandar Penawar • Telok Sengat • Felda Bukit Aping Timur • Felda Bukit Aping Barat • Sedili • Felda Papan Timur • Felda Sungai Mas • Bandar Mas • Felda Semenchu • Felda Simpang Waha 05 Bendera Kluang Kluang Simpang Renggam • Mengkibol • Paloh • Kahang • Machap • Layang-Layang 06 Bendera Segamat Segamat Labis • Jementah • Buloh Kasap • Chaah • Bekok • Batu Anam • Pagoh • Pekan Air Panas • Gemas Baharu • Sungai Karas • Gemereh • Batu Badak 07 Bendera Muar Muar Parit Bakar Parit Raja • Parit Jawa • Parit Unas • Parit Bunga • Bakri • Pagoh • Bukit Pasir • Panchor • Bukit Mor • Bukit Treh • Sungai Abong • Sungai Balang • Bukit Kepong • Lenga 08 Bendera Batu Pahat Batu Pahat Rengit • Yong Peng • Semerah • Parit Sulong • Sri Gading • Parit Yaani • Parit Raja • Ayer Hitam • Senggarang • Tongkang Pechah • Peserai • Sri Medan • Parit Besar • Pura Kencana • Kampung Istana 09 Bendera Mersing Mersing Triang • Tenglu • Penyabong • Tenggaroh • Jemaluang • Pulau-Pulau • Padang Endau • Sembrong • Lenggor 10 Bendera Ledang Ledang Bukit Serampang • Sungai Mati • Bandar Tangkak • Kundang Ulu • Serom • Kesang • Sagil • Tanjung Agas • Bukit Gambir • Sungai Mati • Bukit Kangkar • Pekan Rawang • Parit Bunga • Kebun Baharu • Gerisek
21 Jenis Makanan Sunnah 1. AIR ZAM-ZAM Air zam-zam memang terkenal sebagai air yang paling diberkati dan boleh mengubati pelbagai jenis penyakit denga izin Allah. Dalam sebuah hadith shahih, Nabi SAW menyebut: “Sesungguhnya air zam-zam adalah air yang diberkati, air tersebut adalah makanan yang mengenyangkan.” Dianjurkan bagi setiap mukmin menikmati air tersebut jika memang mudah memperolehnya. Air tersebut juga boleh digunakan untuk berwudhu. Air tersebut boleh digunakan untuk beristinja’ (membersihkan kotoran setelah buang air). Air tersebut juga boleh digunakan untuk mandi junub jika memang ada keperluan untuk menggunakannya. 2. KURMA Kurma banyak disebut di dalam al-Quran, antaranya dalam surah Mukminah ayat 19: "Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan" Kurma merupakan "tenaga segera" kerana mudah diserap dan diproses. Ia juga mengandungi kandungan serat yang tinggi (3x lebih tinggi daripada pisang). Nabi s.a.w. pernah bersabda: "Rumah yang tiada kurma adalah rumah yang tiada makanan" Sabda Nabi yang lain: "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu" Khasiat kurma adalah sebagai penguat memori, penawar racun dan penawar pelbagai penyakit. 3. BUAH TIN Buah tin juga sangat bermanfaat kepada umat manusia seperti yang diterangkan dalam surah At-Tin (surah ke 95 dalam Al-Quran) dimana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun. Antara khasiat buah tin termasuklah menyingkirkan toksin, mengurangkan batuk yang berpanjangan membersihkan hati dan mengurangkan lendir dalam usus. Buah tin yang kering didapati membekalkan 6 kali lebih kalori daripada jenis basah (segar). Pengeringan buah tin telah mengakibatkan pemekatan nutrisi di dalamnya dimana ianya menjadi lebih kaya dengan pelbagai mineral dan zat galian, tetapi rendah sodium. 4. ZAITUN Pokok zaitun ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur ayat ke-35. Semenjak 1,400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad S.A.W. telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, di mana Baginda S.A.W. sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut. Mengikut kajian, ia dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser dan sakit jantung, merupakan sejenis antioksida dan digunakan sebagai produk kecantikan sejak berkurun lamanya. 5. BIJI HITAM (HABATUSSAUDA) Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda: "Jadilah seperti biji habb al-sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali mati" Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa habatussauda itu menghapuskan angina dalam usus dan demam, baik merawat 'leukoderma', membuka urat yg halus dan menghilangkan penyakit selsema. 6. MADU LEBAH Mempunyai pelbagai khasiat dan dianggap ibu segala makanan. Apabila dicampur bersama air panas, boleh mengubati penyakit cirit-birit. Sabda Nabi s.a.w.: "Demi Allah yang aku dalam genggamanNya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya" Rasulullah sendiri mengamalkan minuman madu; dicampurkan madu dengan segelas air dan minum setiap pagi ketika perut kosong. Madu yg paling berkualiti adalah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga dan musin panas, tetapi kurang berkualiti apabila dihasilkan di musim sejuk. 7. DELIMA Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Dalam Surah ar-Rahman, ayat 68 Allah berfiman: "Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima" Terdapat banyak kajian dilakukan yang mana membuktikan delima bagus sebagai antioksida, mengelakkan sakit jantung dan mampu menstabilkan tekanan darah. 8. SUSU KAMBING Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Akan tiba suatu masa di mana kambing adalah sebaik-baik harta bagi orang Islam. Orang Islam akan memeliharanya di puncak-puncak bukit dan di lembah-lembah, hidup terpencil dari masyarakat demi memelihara agama daripada ditimpa bencana" Mengikut kajian, susu kambing mampu membantu masalah seperti asma, reumatik, demam kuning, insomnia dan menguatkan tulang. Khasiatnya dikatakan lebih baik daripada susu lembu dan hampir menyamai susu ibu. 9. ZA'FARON/SAFRON Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan dengan maksudnya: "Sesiapa yg mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setia hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan zihir" Za'faron ini mempunyai banyak khasiat lain, antaranya penyakit sawan, penyakit hati, demam, mati pucuk serta melancarkan pengaliran darah. 10. BARLI Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yang mengidap demam. Selain dari itu ia juga dapat mengurangkan kolesterol, melawaskan kencing, membantu sembelit dan mengurangkan risiko kencing manis (tetapi jangan campurkan dengan gula). 11. ROTI Roti yang paling bagus adalah yang diperbuat daripada gandum (kerana mudah dicernakan). Sebaik-baiknya, roti dibiarkan sejuk dahulu sebelum dimakan, jika tidak, kita akan merasa haus apabila memakannya Manakala, roti yang lama dan tidak elok akan menyebukan perut Nabi s.a.w. bersabda: "Jangan potong roti dengan isau. Hormatilah roti itu dengan memotong dgn tanganmu kerana Allah menghormati roti itu" 12. HALIA Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat17, Surah Al-Insan) firman Allah Taala yang bermaksud: "Dan mereka dalam Syurga itu diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil'. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan. Halia juga dikatakan mampu melegakan rasa loya, penyakit sendi dan membantu pengedaran darah. 13. HALBA Nabi s.a.w. pernah bersabda: "Jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas). Wanita arab suka mengambil halba ni untuk cantikkan buah dada. Bagi ibu yang menyusu, halba menambahkan susu badan. Halba juga dapat membantu mengurangkan gula, merendahkan kolesterol, melegakan batuk kronik, bengkak gusi dan sebagai pembuka selera. 14. CUKA EPAL Cuka epal mengandungi pelbagai khasiat dan dikatakan menjadi tonik kesihatan bagi masyarakat Greek. Cuka epal adalah cuka yang terhasil daripada proses farmentasi buah epal. Nabi sangat sukakan cuka dan kadangkala mengamalnya bersama roti, sabdanya: "Allah meletakkan keberkatan dalam cuka, ia telah digunakan oleh para nabi sebelum aku" Ia dikatakan dapat menghilangkan kelesuan badan, mengubat penyakit hati, memecahkan lemak di badan, melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan stress. 15. TIMUN Daripada Abdullah bin Jaafar, diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah memakan timun bersama kurma. Dengan mengambil timun bersama kurma, ia dapat menghilangkan dahaga dan mengurangkan rasa panas badan. Tambahan pula, sifat timun yang tawar, enak dimakan bersama kurna yang manis. Timun bersifat sejuk dan dingin, manakala kurma bersifat panas dan kering. Maka suhu badan akan menjadi seimbang. Disini Nabi mengajar kita, apabila kita mengambil makanan yang panas, seimbangkan semula suhu badan dengan makanan yang sejuk. Di samping itu, timun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang 16. DAGING KAMBING Daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah. Negara barat sentiasa mengembang-gemburkan keburukan daging kambing, tetapi hakikatnya ia mempunyai banyak kelebihan. Mengikut kajian daging kambing adalah daging yang paling baik untuk jantung, mengurangkan darah tinggi dan obesiti, mencantikkan kulit dan juga mengurangkan stress. 17. TEMBIKAI Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata, “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah.” Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser. Nabi juga berkata wanita mengandung yang mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya. 18. ANGGUR Di dalam surah Ar-Rad, ayat 4 Allah berfirman: "Dan di bumi terdapat bahagian2 yg berdampingan, kebun-kebun anggur, tanaman2, pohon kurma yg bercabang dan yg tidak bercabang; disirami dgn air yg sama, tetapi Kami lebihkan tanaman yg satu dari yg lainnya dalam hal rasanya. Sungguh, pada yang demikian itu trdpt tanda2 (kebesaran Allah) bagi org2 yg mengerti" Anggur dikatakan mempunyai pelbagai khasiat, antaranya mengurangkan keradangan, mencegah penyakit nyanyuk, melancarkan perjalanan darah dan membersihkan perut. 19. CENDAWAN Drpd Said bin Zaid bin Amru bin Nufail r.a katanya: Aku pernah mendengar Nabi s.a.w bersabda: “Cendawan adalah sejenis Manna (satu anugerah yg sgt istimewa) dan dapat mengubati mata” Cendawan bukan shj sejenis makanan yg enak, malahan mempunyai pelbagai khasiat dan diakatakan menjadi penawar herba sejak zaman dulu lagi. Mengikut kajian yang telah dijalankan, ia dikatakan dapat meningkatkan system imun badan (terutamanya bagi pesakit kanser), juga berperanan melawan allergik dan radang. 20. LABU Daripada Hadis Anas bin Malik r.a: Seorang tukang jahit telah mengundang Rasulullah s.a.w untuk menghadiri suatu jamuan makan. Anas bin Malik berkata: Aku pergi bersama Rasulullah s.a.w menghadiri jamuan makan tersebut. Dia menghampiri Rasulullah s.a.w dan menghidangkan roti dari gandum serta kuah berisi buah labu dan daging bakar. Anas berkata: Aku melihat Rasulullah s.a.w mencari-cari buah labu dari dalam sahfah tersebut iaitu sebuah bekas makanan yang memuatkan makanan cukup untuk lima orang ”. Selain kurma, Nabi juga menggemari labu. Ia dikatakan mempunyai pelbagai nutrisi dan zat yg baik utk tubuh badan, terutamanya bagi pesakit rabun malam dan diabetik. Ia juga berkhasiat bagi mengawal nafsu makan, merawat maslah kecacingan dan mencegah pembentukan batu karang. 21. GARAM Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun. Daripada Abdullah Bin Umar, sabda Nabi s.a.w.: " Sesungguhnya Allah menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu beis, api ,air dan garam" Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya: Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda " Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam."