HAZMAN - 0102740765 (WHATSAPP) HJH ROHAYA 0137480869 Kepakaran kami menyediakan perkhidmatan tempahan Kambing Golek sesuai untuk majlis perkahwinan, majlis korporat, jamuan hari raya (open house) atau acara yang ingin diadakan disekitar Johor Bahru,Pasir Gudang dan seluruh N.JOHOR & SINGApURA Segala urusan berkaitan makanan bagi majlis anda kami akan uruskan dari segi penyediaan, peralatan dan juga layanan. -Layanan Terbaik -Jaminan Kualiti -Puas Hati
Monday, August 10, 2015
Johor Negeriku....
Daerah Johor Bahru
merupakan satu daripada sepuluh buah daerah yang membentuk negeri Johor. Ia meliputi kawasan seluas 1,816 kilometer persegi. Daerah ini juga dikenali sebagai daeraah metropolitan Johor Bahru kerana dari segi bilangan penduduk mempunyai melebihi 2 juta orang. Daerah Metropolitan Johor Bahru merupakan metropolitan ketiga terbesar di Malaysia selepas Lembah Klang dan Pulau Pinang. Daerah ini juga adalah sebahagian daripada Iskandar Malaysia dan merupakan metropolitan yang sedang pesat membangun.
Bandar-bandar yang terdapat di sekitar daerah metropolitan Johor Bahru ialah pusat bandaraya, Skudai, Nusajaya, Puteri Habour, Desa Tebrau, Bukit Indah, Ulu Tiram, Stulang, Taman Perling, Pasir Gudang dan Permas Jaya.
Metropolitan Johor Bahru mempunyai pelbagai pusat membeli-belah yang moden dan bertaraf antarabangsa seperti Johor Premium Outlets, AEON Tebrau City, AEON Bukit Indah, AEON Permas Jaya, AEON Taman Universiti, Johor Bahru City Square, KSL City, Medini Lifestyle Mall, Danga City Mall, Plaza Angsana dan lain-lain serta menjadikannya sebagai daerah pusat membeli-belah.
Metropolitan Johor Bahru merupakan pusat pelancongan yang utama di selatan Semenanjung Malaysia dan mempunyai pusat pelancongan antarabangsa seperti Legoland ( taman tema antarabangsa yang pertama yang dibina di Malaysia dan taman tema Legoland yang pertama dibina di Asia ), Puteri Habour Family Theme Park ( taman tema antarabangsa yang kedua dibina di Malaysia ), Taman Tema Air Autin Heights ( dalam pembinaan ) dan lain-lain.
Daerah metropolitan Johor Bahru terletak di bahagian Selatan Negeri Johor bersempadan:
Daerah Pontian di sebelah barat,
Daerah Kota Tinggi di sebelah timur;
Daerah Kulaijaya di sebelah utara; dan
Singapura di selatan.
Daerah Johor Bahru terdiri daripada 9 buah mukim yang meliputi Sungai Tiram, Tebrau, Plentong, Pulai/Jelutong, Tanjung Kupang dan Mukim Bandar. Di samping itu, juga terdapat 38 buah kampung di dalam Daerah Johor Bahru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment